Saturday, 21 June 2014

Sifir Keluasan Standard Pertanian

Sifir pertanian itu adalah seperti berikut:

SIFIR KELUASAN STANDARD:
1 hektar = 2.471 ekar
1 hektar = 10,000 meter persegi
1 ekar = 0.407 hektar
1 ekar = 43,560 kaki persegi

SIFIR KELUASAN ROD DAN POL KE HEKTAR
1 pol = 0.0025 Hektar
1 rod = 40 pol = 0.1012 hektar
1 ekar = 4 rod = 0.407 hektar

SIFIR KELUASAN RELONG (PULAU PINANG)
1 relong = 1.3223 ekar = 0.5351 hektar
0.5 relong = 0.6612 ekar = 0.2676 hektar

SIFIR KELUASAN RELONG (KEDAH)
1 relong = 0.71 ekar = 0.2880 hektar
0.5 relong = 0.3550 ekar = 0.1440 hektar

SIFIR KELUASAN RELONG (KEDAH)
1 hektar (Kedah) = 3.472 relong = 2.471 ekar
1 hektar (P. Pinang) = 1.869 relong = 2.471 ekar

Maklumat dari http://cikgushamsudin.blogspot.com/2013_04_01_archive.html

Copper sulphate membunuh SIPUT GONDANG EMAS ?

Merujuk kepada  yang En. Ismail, Orang Parit, Perak, bekongsikan pengalaman beliau, katakan copper sulphate boleh menyelesaikan masalah siput gondang emas (SGE) di sawah padi anda.

Selepas laman web mengatakan bahawa sehektar perlu 50kg copper sulphate. Ini adalah SALAH. Kadar kegunaan yang tinggi akan merosakan tanah.
Copper sulphate juga boleh dikenali Kuprum Sulfat, serbuk seperti garam.

Tuan Kedai racun juga ada recipe yang berlainan, kadar penggunaan copper sulphate ialah 1kg/relong (Relong Kedah), diasingkan 500g untuk sebelum tanam dan 500g menabur selepas tanam untuk mematikan SGE. Tetapi, beliau menjawab bahawa copper sulphate tiada banyak kesan untuk menghapuskan SGE. (Kenapa? Hahaa... kerana tuan kedai racun ingin menjual Racun SGE China yang haram)

Copper sulphate sepatutnya ialah racun lumut, apabila sumbur racuin, didapati bahawa SGE juga dihapuskan . Penggunaan copper sulphate boleh menghapuskan SGE dan merosakan soil tanah juga.

Kenapa menggunakan copper sulphate?
1. Masalah SGE.
2. Masalah tanah dalam.
3. Masalah lumut

Kadar yang disyorkan untuk kegunaan copper sulphate:
1 ha = 4.2kg untuk 2 kali, oleh itu, kadar sekali ialah 2.1kg
1 relong = 1.2kg untuk 2 kali, oleh itu, kadar sekali ialah 0.6kg
1 ekar = 1.7kg untuk 2 kali, oleh itu, kadar sekali ialah 0.85kg

Harga Pasaran 20.06.2014 ialah RM210.00/bag (25KG)
1kg = RM8.40

Copper sulphate 1ha = 4.2kg x RM8.40 = RM35.28

Berbandingkan dengan racun SGE biasa ialah 1 ha menggunakan 8 beg x RM4 = 32.00 untuk sekali, Maka 2 kali racun ialah RM64.00

Wednesday, 11 June 2014

Siput Gondang Emas


Pengenalan 
Siput Gondang Emas merupakan perosak utama tanaman padi di Malaysia. Ianya yang berasaldari paya dan sungai-sungai di Brazil dan Argentina di Amerika SelatanIa juga merupakan perosakutama ladang-ladang padi di TaiwanJepun, Filipina, Thailand dan IndonesiaDi kawasan Muda,terdapat 2 jenis siput perosak yang dipanggil Canaliculata Pomacea (warna emasdanPomacea Incerlarus (warna hitam). Ia akan menyerang batang benih sebelum memusnahkanbahagian-bahagian lainIa menyerang dan memusnahkan benih yang baru hingga berumur 30 haridari masa benih ditabur. Ini boleh menyebabkan kerugian sehingga 93% dari hasil tuaian padiOlehitupemeriksaan yang berterusan hendaklah dilakukan bagi memastikan pokok padi tidak musnah.

Kawalan Siput Apple Golden dibahagikan kepada 4 cara:

1. Kawalan Fizikal
Langkah kawalan melibatkan memilih dan memusnahkan telur dan siputPoland diletakkan di manasiput hadir untuk pembiakanRumpai perlu dibersihkan semasa pertumbuhan padi.

2. Mekanikal 
Menetapkan bersih pada gegelung di mana air mengalir di dalam dan di luar untuk mengelakkansiput dari masuk ke sawah padi.

3. Biologi 

Pembiakan itik Khaki Campbell Muscovy juga boleh digunakan sebagai agen kawalanItik akanmemakan telur dan siput di sawah padi.

4. Racun Kimia 

Beberapa Racun perosak disyorkan atau kawalan GASAntara lain niclosamidesaponin

*Maklumat dari www.gondangemas.blogspot.com

Monday, 9 June 2014

Apakah itu Padi Hibrid?


Padi Hibrid merupakan padi generasi pertama (F1) yang terhasil daripada kacukan duo varieti padi yang berbeza genetik. Padi hibrid juga mempamerkan fenomena "heterosis" atau "hibrid vogiur" iaitu kelebihan dalam sifat beranak, sistem perkembangan akar, saiz tangkai dan kursusnya dari segi prestasi hasil.

Padi hibrid hanya padi generasi pertama yang boleh menunjukkan keseragaman sahaja.

Proses kacukan (Pollination) ialah di buat pada skim benih sahaja, Oleh itu Petani yang tanam ialah serupa dengan padi biasa.

Skim Benih hendaklah menanamkan Padi Jantan dan Padi Betina, R-line dan A-line.

Friday, 6 June 2014

Pelbagai Racun dalam Bahasa Inggeris

Racun Tikus = Rodenticide
Racun Rumpai = Herbicide, Weedicide
Racun Serangga = Insecticide
Racun Kulat = Fungicide
Racun Siput = Molluscicide
Racun anai anai = Termiticide 白蚁剂

Cara Mengawal rumput masa awal (Penanaman Padi)

Cara Mengawal rumput masa awal (Penanaman Padi), boleh bertimbangkan beberapa cara.

Sebelum tabur atau tanam, anda boleh menggunakan racun rumpai SOFIT 300EC atau 500EC untuk mengawal rumput. Racun ini boleh disemburkan pada masa 2 hari sebelum tanam atau tabur.

Selepas tanam 2-5 hari, boleh sembur racun sekali lagi dengan menggunakan racun rumpai SEGI campur dengan SOLITO untuk mengawal rumpai. Pada masa ini, anda boleh menakung air selepas daun padi sudah tinggi.


Kaedah Penanaman Padi secara "Tabur Terus" dalam air

Setiap petani mengalami masalah rumput di masa sebelum tanam. Oleh itu, gagi sekumpulan petani memilih cara tabur terus di dalam air. Sawah yang bertakung air yang tinggi dan banyak. 

Jikalau cuaca yang tidak panas, sesuai untuk tabur terus, tetapi kalau cuaca yang panas akan memanaskan air sawah. Ini akan terjadi benih yang di dalam air akan memanaskan dan merosakan benih anda. 

Oleh itu, kebanyakan petani menggunakan kadar benih yang tinggi. Ini akan 
1. Bazir benih yang banyak. 
2. Meningkatkan kos penanaman. 
3. Kadar benih yang tinggi merendam di satu tangki. 

Takungan air yang rendah akan memanaskan benih dalam cuaca yang panas; 
Takungan air yang tinggi, benih susah dapat cahaya matahari yang mencukupi. 

Banyak petani menanam menggunakan 7 bags untuk se hektar, berapa kos akan bayar? Kalau memilih cara ini, kos Benih mahal, berapa anda boleh menanggung? 

Cara tabur terus dalam air sudah banyak petani tidak guna. Oleh itu, untuk mengatasi masalah rumput awal, Sila rujuk blog yang seterusnya


Wednesday, 4 June 2014

Panduan untuk penyediaan benih pra-cambah yang betul

Panduan ini disediakan bertujuan memberi garis-garis panduan secara ringkas kepada pesawah-pesawah dalam pengurusan penanaman padi hibrid

1. Basuh biji benih dengan air bersih sebelum direndam selama 14-18 jam



2. Bilas dengan air bersih sekurang-kurangnya 3 kali sepanjang tempoh biji benih direndam.

3. Setelah merendam 14-18 jam, letakkan biji benih ke dalam 2-5 bekas yang berasingan untuk mencegah biji benih itu daripada terlampau panas dan berbau selama semalam

4. Biarkan bekas-bekas itu terbuka sepanjang masa

5. Bilas biji benih selama 4 jam sekali

6. Gualkan biji benih semasa membilas untuk mengelakkan suhu memeram yang terlalu tinggi dan benih berbau

7. Biji benih boleh disemai atau ditaburkan jika kadar pertumbuhan akar mencapai 80%

8. Ikuti setiap langkah dengan teliti untuk memastikan percambahan biji benih yang baik