Saturday 21 June 2014

Copper sulphate membunuh SIPUT GONDANG EMAS ?

Merujuk kepada  yang En. Ismail, Orang Parit, Perak, bekongsikan pengalaman beliau, katakan copper sulphate boleh menyelesaikan masalah siput gondang emas (SGE) di sawah padi anda.

Selepas laman web mengatakan bahawa sehektar perlu 50kg copper sulphate. Ini adalah SALAH. Kadar kegunaan yang tinggi akan merosakan tanah.
Copper sulphate juga boleh dikenali Kuprum Sulfat, serbuk seperti garam.

Tuan Kedai racun juga ada recipe yang berlainan, kadar penggunaan copper sulphate ialah 1kg/relong (Relong Kedah), diasingkan 500g untuk sebelum tanam dan 500g menabur selepas tanam untuk mematikan SGE. Tetapi, beliau menjawab bahawa copper sulphate tiada banyak kesan untuk menghapuskan SGE. (Kenapa? Hahaa... kerana tuan kedai racun ingin menjual Racun SGE China yang haram)

Copper sulphate sepatutnya ialah racun lumut, apabila sumbur racuin, didapati bahawa SGE juga dihapuskan . Penggunaan copper sulphate boleh menghapuskan SGE dan merosakan soil tanah juga.

Kenapa menggunakan copper sulphate?
1. Masalah SGE.
2. Masalah tanah dalam.
3. Masalah lumut

Kadar yang disyorkan untuk kegunaan copper sulphate:
1 ha = 4.2kg untuk 2 kali, oleh itu, kadar sekali ialah 2.1kg
1 relong = 1.2kg untuk 2 kali, oleh itu, kadar sekali ialah 0.6kg
1 ekar = 1.7kg untuk 2 kali, oleh itu, kadar sekali ialah 0.85kg

Harga Pasaran 20.06.2014 ialah RM210.00/bag (25KG)
1kg = RM8.40

Copper sulphate 1ha = 4.2kg x RM8.40 = RM35.28

Berbandingkan dengan racun SGE biasa ialah 1 ha menggunakan 8 beg x RM4 = 32.00 untuk sekali, Maka 2 kali racun ialah RM64.00

No comments:

Post a Comment