Wednesday 4 June 2014

Panduan untuk penyediaan benih pra-cambah yang betul

Panduan ini disediakan bertujuan memberi garis-garis panduan secara ringkas kepada pesawah-pesawah dalam pengurusan penanaman padi hibrid

1. Basuh biji benih dengan air bersih sebelum direndam selama 14-18 jam



2. Bilas dengan air bersih sekurang-kurangnya 3 kali sepanjang tempoh biji benih direndam.

3. Setelah merendam 14-18 jam, letakkan biji benih ke dalam 2-5 bekas yang berasingan untuk mencegah biji benih itu daripada terlampau panas dan berbau selama semalam

4. Biarkan bekas-bekas itu terbuka sepanjang masa

5. Bilas biji benih selama 4 jam sekali

6. Gualkan biji benih semasa membilas untuk mengelakkan suhu memeram yang terlalu tinggi dan benih berbau

7. Biji benih boleh disemai atau ditaburkan jika kadar pertumbuhan akar mencapai 80%

8. Ikuti setiap langkah dengan teliti untuk memastikan percambahan biji benih yang baik




No comments:

Post a Comment